- Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun
pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
- Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti
dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada
seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
- Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap
Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala
sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para
Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau
buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh
dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah
keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa
oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Pengertian
Akidah
- Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan
keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
- Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan
mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa
kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
- Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada
al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu
Akidah
Ilmu Tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat
Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaan dalam
agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan
perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang
akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala
tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang
perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt
Huraian
Rukun Iman
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril
dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai
sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada
Rasulullah saw yang bermaksud:-
“Jibril telah berkata kepada
Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu
ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab,
kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan
peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt,
maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”
Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith
dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Malaikat
- Percaya kepada Kitab
- Percaya kepada Rasul
- Percaya kepada Hari Kiamat
- Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Percaya
Kepada Allah Swt
Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu
ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib,
perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.
Beriman dengan Allah juga bermaksud:
- Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
- Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam
perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima
ibadat setiap makhluk
- Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari
menyerupai segala yang baharu
“Wahai sekalian manusia!
Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang
terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allah itu adalah
pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan
planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah
kepunyaan Allah swt
Percaya kepada Allah ini adalah
pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya
Allah maka adanya yang lain-lain itu.
- Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt
- Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai
Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya).
Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau
bersama-sama Allah menjadi Rabb.
- Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman
dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia
tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja
sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan
disembah.
- Mempelajari dan memahami ajaran Allah
- Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita
mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui
RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada
Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga
segala apa yang datang daripada Allah swt
Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah
swt
Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang
datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu
Din yang shamil dan kamil serta terbaik
Percaya
kepada Malaikat
Ertinya ialah bahawa Allah telah
menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat,
bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah
Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada
cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):
”Malaikat itu dijadikan daripada
cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi
Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat
Muslim)
Nama dan Tugas Malaikat
- Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada
nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
- Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan,
bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh
Allah
- Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa
apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
- Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
- Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh
manusia
- Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh
manusia
- Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
- Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
- Ridhwan – Mengawal syurga
- Malik – Mengawal neraka
Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
- Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
- Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
- Memikut Arsy
- Berdoa untuk orang-orang beriman
Peranan Malaikat di Akhirat seperti
memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
- Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi
oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan
baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
- Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi
kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku
yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
- Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang
disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di
alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan
diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
Percaya
Kepada Kitab
Orang-orang Islam wajib percaya
bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya.
Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal
ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan
manusia di dunia
Kitab-kitab yang wajib diketahui
ialah:
- Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
- Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
- Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
- Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)
Firman Allah swt yang bermaksud:
”Pada mulanya manusia itu adalah
umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah
berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi
khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan
pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah
menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai
keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia
mengenai apa yang mereka pertikaikan”
(Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir
sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang
terdahulu
Percaya
Kepada Rasul
Seseorang Islam diwajibkan beriman
bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada
jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan
yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
- Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran
& perbuatan
- Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
- Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada
manusia
- Fathonah- Bijaksana
- Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan
sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
- Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang
menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat
manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
- Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada
perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain
berubah dan tidak asli
- Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala
kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja
- Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup
pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak
negara di seluruh dunia
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
Menunjukkan bahawa agama yang dating
daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam
kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa
sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman
sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah
tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah
Perbezaan dari segi syariat perkara
penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara
tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti
dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza,
tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak
ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan
dengan Injil dan kitab-kitab lain.
Percaya
Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari Akhirat
merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan
manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan
masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti
penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada
keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah
pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan
hari Akhirat.
Lima fasa pola beriman kepada hari
Akhirat:
- Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi
gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih
meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang
manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang
bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
- Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari
kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
- Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu.
Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik,
sekalipun sebesar zarah
- Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana
manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
- Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran
yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi
sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan
ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di
neraka
Kepentingan Beriman dengan Hari
Akhirat
- Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam
akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat
yang kekal abadi untuk semua manusia
- Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan
Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam,
pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
- Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan
Hari Akhirat
- Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan
meninggalkan kejahatan
Beriman
Kepada Qada Dan Qadar'
Maksud Takdir
- Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya
khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
- Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
- Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya,
khususnya manusia
Sikap Orang Islam Dalam Menerima
Takdir Allah
- Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh
Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman
terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari
pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu
hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah
buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang
tidak kita ketahui
- Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu
yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang
berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita
Peringkat-Peringkat
Iman
- Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata
mengikut pendapat orang lain
- Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan
berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
- Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini
dimiliki oleh orang-orang soleh
- Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu
syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang
hampir dengan Allah
- Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh
dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul
serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi
Iman
Bertambah Dan Iman Berkurang
Iman manusia sentiasa bertambah dan
berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk
meneguhkan iman:
- Melawan hawa nafsu
- Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
- Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
- Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban
semata-mata kerana Allah
- Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
- Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran
dan kekuasan Allah
Kepentingan
Mempelajari Ilmu Akidah
Antara beberapa kepentingan
mempelajari ilmu akidah termasuklah:
- Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan
merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
- Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat
kesempurnaanNya
- Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan
terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
- Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan
dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
- Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran
menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga
memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga,
manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
- Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan
hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang
Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan
Manusia
- Akidah Sebagai Asas
- Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong
Penyelewengan
Dan Kerosakan Akidah
- Melalui Percakapan atau ucapan
- Melalui Perbuatan
- Melalui Iktikad dalam hati
Pembinaan
Akidah
- Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami
konsep akidah secara khusus
- Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan
melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
- Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk
beriltizam dengan Islam
- Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau
sentiasa mencari suasana yang baik
- Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
- Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah
amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin
mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung,
masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah
negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
Deflnisi Ilmu Tafsir
Terdapat pelbagai definisi yang telah dibuat oleh ulama' Islam untuk
mentakrifkan ilmu tafsir. Begitu juga perbincangan berkaitan perkataan tafsir
dan takwil[1]. Namun, definisi yang paling baik untuk mentakrifkan ilmu tafsir
pada pandangan penulis ialah: "Satu ilmu yang membahaskan tentang Hal
ehwal al-Quran, dari aspek ia menunjukkan maksud kehendak Allah s.w.t., sekadar
kemampuan manusia"
Untuk memperjelaskan lagi definisi ini, penulis membawakan pendapat as-Sayyid
as-Syarif Ali bin Muhammad al-Jurjani. Beliau telah mendefinisikan ilmu tafsir
sebagai :
"Ilmu yang membicarakan tentang hal ehwal kalam Allah dari aspek ia
menunjukkan apa yang dikehendaki oleh Allah daripada kalam-Nya. la terbahagi
kepada tafsir, iaitu perkara yang tidak dapat diketahui melainkan dengan
an-Naql seperti asbabu al-nuzul dan kisah-kisah. Dengan erti kata yang lain,
yang berkaitan dengan riwayat. Begitu juga ia terbahagi kepada takwil, iaitu
perkara yang mampu diketahui melalui kaedah-kaedah bahasa Arab. Dengan erti
kata lain, yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Maka, adalah salah jika
seseorang individu membicarakan tentang tafsir tanpa ada naql dan takwil
sekadar dengan hawa nafsu, walaupun tepat (tafsiran yang dibuat)."
Daripada definisi dan penerangan di atas, dapat difahami bahawa ada dua
komponen penting dalam ilmu tafsir, iaitu tafsir dan takwil. Definisi-definisi
yang lain, dirasakan tidak begitu sesuai. Ini dlsebabkan ada definisi yang
diisi dengan perbahasan-,perbahasan dalam ilmu tafsir, sehingga menyebabkan
definisi menjadi terlalu panjang.
Syarat-Syarat Ahli Tafsir
Para ulama telah menetapkan beberapa pra-syarat untuk ahli tafsir. Hal ini
penting untuk memastikan tafsiran yang bakal dibuat benar-benar menepati syarak
dan tidak ada pihak sewenang-wenangnya menafsirkan ayat al-Quran membabi buta.
Secara amnya, terdapat sembilan syarat, iaitu[4]:
1. Akidah yang luhur dan betul
2. Menghindarkan diri daripada hawa nafsu
3. Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran terlebih dahulu
4. Disusuli menafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah
5. Menafsirkan dengan kata-kata para sahabat sekiranya tidak didapati dalam
al-Quran mahupun al-Sunnah
6. Akhir sekali sekiranya tidak ada di dalam ketiga-tiga peringkat ini bolehlah
ditafsir dengan kata-kata tabi'in
7. Penguasaan dalam bahasa Arab serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya
8. Penguasaan ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan al-Quran, seperti ilmu
Qiraat, Tauhid, Usul Feqh dan Usul Tafsir
9. Kefahaman yang mendalam dan jitu yang memungkinkan ahli tafsir memilih
tafsiran yang paling tepat.
Jenis-Jenis Tafsir
Terdapat pelbagai jenis tafsir berdasarkan dua aspek pembahagian iaitu :
a. Pembahagian tafsir dari aspek susunannya terbahagi kepada dua iaitu :
1. Tafsir Tahlili
la adalah tafsiran al-Quran bersifat analisis. Ayat-ayat disusun berdasarkan
susunan yang terdapat dalam al-Quran (tartib mushafi)[5]. Seterusnya
perkataan-perkataan ditafsirkan, ayat-ayat dikaitkan di antara satu sama lain,
dan makna ayat diterangkan. Ini merupakan bentuk lama tafsir yang diketahui
umum[6].
2. Tafsir Maudhu'i
Tafsiran dibuat berdasarkan tajuk-tajuk tertentu yang terdapat dalam al-Quran,
atau yang berkaitan dengannya. Menurut Dr. 'Iffat as-Syarqawi, tafsir Maudhu'i
ialah : "mengumpulkan sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan satu
topik perbincangan pada satu tempat, kemudian ditafsirkan"[7] .
Ada yang berpendapat bahawa tafsiran yang tidak mengikut kaedah-kaedah tafsir
yang terdapat dalam ilmu Usul Tafsir, termasuk dalam kategori tafsir maudhu'i,
walaupun tafsiran dibuat mengikut susunan mushaf[8].
b. Pembahagian tafsir dari aspek sumber pula terbahagi kepada tiga iaitu :
1. Tafsir bi al-Ma'thur[9]
la adalah tafsiran ayat al-Quran dengan ayat yang lain. Termasuk dalam kategori
ini ialah qiraat yang mentafsirkan qiraat yang lain.
Begitu juga tafsir yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabat baginda. Di samping itu, ulama' juga memasukkan tafsiran yang dibuat
oleh tabi'in dalam kategori ini.
2. Tafsir bi al-Ra'y[10]
la adalah tafsiran al-Quran dengan ijtihad selepas mengetahui selok belok
bahasa Arab dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Begitu juga
mengetahui ilmu asbab an-nuzul, nasikh, mansukh serta ilmu-ilmu lain yang perlu
diketahui oleh ahli tafsir.
3. Tafsir Isyari[11]
la adalah pentakwilan ayat-ayat al-Quran yang tidak bertepatan dengan zahir
ayat tersebut, berdasarkan isyarat-isyarat seni (ilham) yang boleh diketahui
oleh ahli-ahli suluk. Walau bagaimanapun, ia boleh dikaitkan dengan kehendak
zahir ayat.
Sebagai contoh: Imam Tustari telah menafsirkan ayat ( فَلا
تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَاداً )[12] dengan katanya : "iaitu (makna
sekutu) lawan. Maka lawan yang paling besar ialah nafsu ammarah yang menyuruh
kepada kejahatan" . Ayat tersebut pada zahirnya melarang manusia
mensyirikkan Allah, sama ada dengan menyembah berhala, syaitan atau lain-lain
yang disembah oleh manusia. Sungguhpun begitu, tafsiran tersebut boleh
dikaitkan dengan zahir ayat. Hal ini disebabkan oleh hakikat sesuatu itu adalah
ia berlawanan dengan sekutunya yang lain, seperti hal nafsu ammarah yang
menyuruh manusia untuk melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menyekat mereka
daripada menjaga hak-hak Allah. Begitulah juga halnya dengan berhala yang
disembah oleh manusia sehingga mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan
menjaga hak-hak-Nya. Di samping itu, ada ayat lain yang menyokong tafsiran ini,
iaitu (اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ
أَرْبَاباً مِنْ دُونِ
اللَّهِ )[13]. Ayat ini menyebut bahawa orang-orang
kristian menyembah ulama-ulama dan rahib-rahib mereka. Namun, pada zahirnya
mereka tidak berbuat demikian. Cuma, mereka mengikut segala perintah-perintah
ahli-ahli agama tersebut dengan menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Mereka
lupa bahawa Allah sahajalah yang berhak untuk berbuat demikian.
Berdasarkan jenis-jenis ini, pelbagai kitab tafsir telah berjaya dihasilkan
oleh ramai ahli tafsir dan menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Adalah penting
untuk mengetahui kitab-kitab yang terdapat dalam jenis-jenis tafsir tersebut.
Hal ini kerana ia dapat memudahkan pembaca untuk sampai kepada maklumat yang
ingin diperolehi daripada kitab-kitab tersebut.
Kesimpulannya, ilmu tafsir adalah antara ilmu terpenting di kalangan ilmu-ilmu
Islam kerana dengannya umat Islam mampu memahami kandungan al-Quran yang
membolehkan mereka bahagia di dunia dan akhirat. Pelbagai bentuk dan jenis
tafsiran telah dihasilkan oleh ulama Islam. Sungguh pun begitu, adalah tidak
mudah untuk menafsirkan ayat al-Quran kerana ia perlu kepada pelbagai
persediaan seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama.
Rujukan:
[1] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi. al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah
Wahbah, Kaherah, 1995, jil.1, ms.17.
[2] Lihat: al-Sayuti, al-ltqanfi 'Ulumi al-Quran, Dar Ibn al-Kathir, Beirut,
2000, jil.2, ms.1189; Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op.Cit., jil.1, ms.17.
[3] Lihat: Prof. Dr. Ali Ahmad Salus, Ma'a al-Syiah al-lthnai 'Asyairah, Dar
al-Taqwa, Mesir. 1997, jil.2, ms.11.
[4] Manna' al-Qattan, Mabahith fi 'Ulum al-Quran, Muassasah al-Risalah, Beirut,
1998, ms. 329.
[5] Lihat: Prof. Dr. Syukri Shafiq Mustafa al-Akhdar, Fuyudat al-Mun'im
al-Wahhab fi al-Tafsir al-Maudhu'i, Dar Abu al-Fadh, Mahallah Kubra, 2000,
juz.2, ms.14.
[6] Lihat: Dr.' Iffat al-Syarqawi, Fi Mazahibial-Tafsir al-Islami, Dar
al-Firdaus li al-Tiba'ah, Kaherah, 1999, ms.59.
[7] Ibid., ms.57.
[8] Temubual dengan Prof. Dr. Muhammad al-Sayyid Radhi Jibril di Tanta pada
Februari 2001.
[9] Lihat: Syeikh Khalid Abdul Rahman al-'Ak, Usul al-Tafsir wa Qawa'iduhu, Dar
al-Nafais, Beirut, 1986, ms.111.
[10] Lihat: Prof. Madya Dr. Solahuddin Yusuf Shalabi, Muhadharat fi Manahij
al-Mufassirin, 1998, ms.142
[11] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op. Cit., jil.2, ms.381.
[12] Surah al-Baqarah: 22.
[13] Surah al-Taubah: 31.